29 Januari 2009

Melapor diri di tempat baru...

5 Januari 2009
Melapor diri hari pertama di SK Kuala Baram II, Miri sebagai guru prasekolah baru Kelas B. Sempat berkenalan dengan guru besar (Encik Sabtu) dan beberapa orang guru di sekolah tersebut. Menjenguk seketika di kelas prasekolah yang seharusnya diajar

Kesian kepada anak-anak ini yang baru mengenal dunia persekolahan. Terpaksa ditinggalkan tanpa seorang guru untuk menyambut mereka pada hari pertama persekolahan. Perasaan sayang dan belas kepada pembantu pengurusan muridku(PPM) menghantui diriku. Air mata PPMku bergenang seakan tidak merelakan pemergianku ke Kuala Lumpur. Namun, apakan dayaku menyambung pelajaran adalah azamku sejak dulu lagi.


Hari pertama melapor diri di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas (IPIK, Cheras). Sepatutnya melapor pada 5hb, tapi disebabkan nak menguruskan urusan perpindahan Kluang-Kuching, jadi pendaftaran di IPGMIK terpaksa ditangguhkan.

Asrama yang pernah menempatkan aku selama 2 hari di maktab ini pada awal Januari. Kemudian, aku berpindah keluar dan tinggal di Sungai Besi ekoran masalah kekurangan bilik yang mencukupi untuk menampung semua pelatih di maktab tersebut. Keutamaan hanya diberikan kepada pelatih PISMP semester 1 sahaja.