28 September 2009

Berhari Raya

Balik Raya (18 Sept 2009)

Tengah tunggu masa check in pukul 4:30pm. Bergambar bersama Along (Nur Afizza Wahab) antara best friend aku masa di MPBL dulu. Masa check in kitorang sama tapi destinasi kami berbeza. Along terus ke airport Sibu untuk pulang ke kampungnya di Saratok.
Anak Along. Yaya (Alya). Comel kan? Sebiji muka ayah dia, Naim.


Raya Pertama

Beraya di rumah Nek Jah (family mama). Family ayah, dah lama sangat kitorang tak balik. Tak tau pulak bila ada kesempatan. Hanya sekali kitorang pernah beraya kat Perak. Tu pun masa kecil-kecil.

Berdiri dari kiri: Ahmad, Anwar, Alang
Duduk dari kiri: Aku, Mama, Nek Jah dan Angah.
(Ayah tak ada dalam gambar. Demam.)

Beraya di rumah cikgu kitorang masa di SHOAW dulu. Merangkap family angkat angah. Cikgu kitorang yang berjubah pink.

Raya ke-3

Balik daripada jalan beraya singgah di Boulevard, salah satu shopping complex yang dekat dari kawasan rumah. Banyak juga urusan yang perlu diselesaikan. Langsaikan hutang piutang kat booth Blue Cube, beli bahan-bahan buat soto. (Ikut resipi mak.heheh) dan beli beberapa barangan keperluan lain. Last sekali singgah kat restoran Rasa Mas. Zul order mi bandung + air ice lemon tea dan aku mi kicap + pepsi. Tak berapa sedap makanannya. Tapi, nak buat cam mana terpaksalah ditelan gara-gara teringin sangat nak makan mi kat situ. (heheh)

05 September 2009

Berbuka Puasa

Hari Pertama
Biasanya orang berbuka puasa pada hari pertama dengan keluarga terlebih dahulu dan kemudiannya barulah berbuka puasa dengan kawan atau pun teman. Tapi, berbeza pula dengan aku. Aku berbuka puasa dengan tunangku. Zul menyampaikan hasrat hatinya ingin membawaku keluar berbuka puasa bersama kepada ayah dan mama. Kami berbuka di Top Spot, antara tempat makan seafood yang terkenal di Kuching. Hanya sekeping gambar yang sempat diambil. Tak sempat nak bergambar memandangkan banyak lauk yang perlu dihabiskan. Antara lauk yang dipesan ialah butter prawn, sayur kailan ikan masin, ambal kari (makanan org sarawak), sotong bakar, ikan kerapu stim berkicap. Air pula, fresh orange setiap seorang ditambah pula dengan tebu lemon. Banyakkan? Melantak namanya ni. heheh. Tapi, yang paling sedap tu air lemon. Pergggggggggghhhhh.... Cadangnya, hari Jumaat nak bawa keluarga (Ayah, mama, angah, alang, ahmad & nuar) makan bersama sekali lagi di Top Spot.
Hari ke-8
Tak dapat bawa keluarga pada hari Jumaat, Hari Sabtu pun jadi la... Ayah tak dapat sertai sekali kerana sejak ayah dah berumur ni ayah dah tak larat nak jalan jauh-jauh. Aku kesian pulak dengan ayah. Ayah terpaksa berbuka sorang-sorang. Kata ayah, "Bawalah adik-adik. Ayah takpe. Ayah dah puas makan seafood ni. Lagipun adik-adik along teringin nak makan." "Mungkin kali ni ayah tak dapat join. Lepas raya, aku akan bawa sekali lagi keluargaku makan bersama. Tapi area batu 7 je memandangkan kesihatan ayah yang tidak mengizinkan," bisikku.
Melihatkan adik-adikku makan dengan penuh berselera, aku tersenyum puas. Mana taknya, ada yang di antara kami yang baru berkesempatan makan di situ. Hidangan pada kali ni lebih menyelerakan. Atas permintaan adik-adik, aku memesan ketam, sup, ikan kerapu stim, n so on. Tak berpa ingat. Tapi, yang penting, meja penuh dengan hidangan. Gambar di bawah ni, pada waktu tu makanan yang dipesan baru dihidang separuh.