20 Oktober 2009

Visiting Mr. Sadas's house

19 Oktober 2009

Sempena cuti Hari Deepavali hari tu, KSPK Prasekolah IPIK sekelas dijemput ke rumah Mr. Sadas. Mula-mula ramai juga yang nak join tapi last-last 7 orang je yang dapat datang. Yang lain balik kampung. Mana taknya cuti 4 hari. Macam aku yang jauh ni toksah balik ler. So, yang datang hanya aku, Kak Aishah (tudung pink), Ena (tudung coklat berbelang), Kak Izu (tudung coklat tersenyum manis), Noni (tudung putih), Abg Li (t-shirt putih) dan yang terakhir Hairi (anak angkat abang Li). Macam-macam makan. Nasi beriani, daging kambing, kari ayam, sayur, telur, kek coklat, buah, biskut raya dan macam-macam lagi la. Perjalanan nak ke rumah Mr. Sadas sikit punya jauh tapi bila dihidang menu yang pelbagai, kira berbaloi la. Heheh.. Perghhh... Sodap.. Kenyang sampai ke petang. Gambar ni saje yang sempat aku ambil.


18 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya

Pada awal jamuan hari raya, kami dikejutkan dengan 'surprise' yang dibuat oleh Pn. Noraini. Our Teknologi Maklumat lecturer. Aku dan Kak Izu dapat 'appreciation gift' untuk pembinaan blog bagi dua kategori iaitu kategori blog tercantik dan blog yang selalu aktif untuk update info-info mengenai prasekolah. Tak sangka juga dapat padahal kalau nak diikutkan banyak blog lain yang lebih cantik macam shikin dan Kak Izu. Sesuai untuk dunia prasekolah. Tapi, mungkin disebabkan blog aku ni banyak info tentang prasekolah. Bak kata Kak Mala, 'functional'. Heheh. Ye kot? "Terima kasih Puan". Kata Puan Noraini, "Terima lah hadiah yang tak seberapa." Hadiah yang diberi sebagai sumber inspirasi dan penghargaan. Terharu apabila mengenangkan. Subjek yang paling aku gemari. Macam tu juga la kan kalau murid-murid sekolah, kalau mereka suka akan subjek tu, sekaligus akan sayang cikgunya.

Sambutan 'birthday girls' dimasukkan sekali dalam aktiviti jamuan hari raya. Bermula bulan Jun-Disember.

Makan bersama Kak Ita Ngah dan Kak Lia.

Bergambar bersama Kak Liza, Mr. Sadas, Kak Ita Ngah dan Kak Lia.

Bergambar bersama Kak Lia, Kak Mala dan Ms Hoh.

Dalam Bilik Kuliah

Sempat posing sambil menunggu lecturer masuk.

Aku dan Kak Liza masing-masing menggayakan baju baru. Sempat snap 1-2 gambar padahal lecturer ada di depan. Tapi, takde wat pe pun. Diminta buat kerje sendiri. So, kerje sendiri la ni kan? Posing. heheh.. Waduh Kak Liza, mengancam cara posing nyer tu. hehehe.




13 Oktober 2009

Kereta Idamanku



Geram aku tengok kereta ni. Tak dapat beli, naik, tengok dari jauh pun jadi la.

Galeri IPIK

Bergambar dalam Galeri IPIK. Kiranya macam muzium la. Awal-awal dah minta kebenaran nak bergambar sebagai kenangan setahun di sini. Kepada warga IPIK yang belum melawat galeri ni, rajin-rajinlah melangkah ke sini kerana aku dan Kak Mala baru orang yang ke-3 dan ke-4 melawat sejak ia dibuka. Ni je la antara gambar yang sempat diambil sementara menunggu kedatangan lecturer masuk kelas. Heheh.