29 Jun 2010

Antara co-business & tanggungjawab sampingan

Antara co-business & tanggungjawab sampingan. Yang manakah harus diberikan keutamaan? Padahal kedua-dua tanggungjawab tersebut menuntut masa, tenaga daripada individu yang sama. Kadang-kadang masa, tenaga dan kewangan lebih menuntut kepada tanggungjawab sampingan sehinggakan co-business mungkin sedikit terabai. Hendak ditolak, pihak atasan seolah-olah tidak memahami co-business kita. Pelbagai alasan telah diberikan. Namun, dalam keterpaksaan digagahi juga niat untuk melaksanakan tanggungjawab sampingan tersebut dengan memberikan ayat 'penyedap hati' kepada diri sendiri. Pelbagai idea yang dicurahkan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Masalah pula timbul apabila kekurangan suntikan modal kewangan dan bahan. Sukar rasanya untuk menyiapkan misi yang diberikan. Setibanya hampir hari rabu, kepala akan ligat berfikir tentang perkara yang akan dibuat. Tapi, apa yang penting 'buat apa yang termampu'. Itu pendapatku.