29 Mei 2008

Sentiasa diingati...

29 & 30 Mei 2008 (Khamis & Jumaat)
Menjengah blog buat seketika.. 2-3 hari ni, sibuk mengemas rumah, membeli barang2 dan keperluan untuk majlis bertunang nanti. Kekurangan tenaga menyebabkan Along dan mama keletihan. Angah sibuk dengan praktikalnya di Boys Home dan Rumah Seri Kenangan. Ahmad pula masih di PLKN di Betong. 5 jam dari Kuching.

Mak2 menakan dan sepupu2 datang ke rumah untuk rewang. Membantu menyiapkan 'gift' untuk diberikan kepada tetamu2 yang berzikir di rumah dan mengangkat perabot2 ke sebelah rumah jiran. Al maklum la rumah kecil dan tetamu yang dijemput pun terpaksa dihadkan.. (bagi sesiapa yang pernah bertandang). Nasib la ada 2 buah rumah jiran yang kosong. Rumah jiran (chinese) di sebelah kiri, kami tumpang car porch untuk letak sofa, meja dan set kerusi kayu manakala berdepan dengan rumah kami pula, tuan rumahnya cikgu melayu.

31 Mei 2008 (Sabtu)
Rumah cikgu tu kami tumpang untuk beri ruang pihak catering untuk hidangkan makanan. Lebih kurang jam 6 petang pihak catering pula datang untuk pasang sebuah kanopi di hadapan rumah. Kanopi tu terpaksa dibawa masuk sedikit di bahagian car porch supaya tak menggangu satu-satunya laluan keluar masuk utama penduduk di lorong ni. Meja-meja dan kerusi pihak catering dibawa masuk dan diletakkan di bahagian dalam car porch.












Pagi-pagi lagi along dan mama masih mengelap dan mengemas rumah. Tak siap-siap walaupun dah seminggu concentrate mengemas. Bukan apa, pantang tengok ada debu sikit dan benda-benda yang menyesakkan pandangan, terus dikemas dan dilap. Tapi buat secara berperingkat. Sikit demi sedikit. Dalam tempoh seminggu ni juga sibuk nak membeli keperluan-keperluan dapur dan 1-2 hantaran yang belum digubah. Nasib baik ada orang bawakkan ke kedai-kedai. : ) Senang sikit.
Orang yang mengemas rumah, orang tu jugaklah yang menggubah. Letih. Pada sebelah petangnya, seperti yang dijanjikan mak2, pak2 penakan dan sepupu datang ke rumah untuk membantu membawa keluar semua perabot ke tempat yang telah dirancang kecuali 2 buah almari yang berat dan sedikit meja perhiasan. Carpet terus dibentang tapi masih belum mencukupi. Begitu juga dengan kipas. Jadi pada keesokan paginya, mak2 menakan dan pak penakan membawa beberapa buah carpet dan kipas lagi.



1 Jun 2008 (Ahad)
Pagi-pagi lagi mak-mak dan pak-pak penakan datang ke rumah. Yang lelaki, menyusun meja dan kerusi. Perempuan, tolong along dan mama di dapur. Mengisi telur dalam beg punjut kecil (kuning) siap dengan beberapa biji gula dan coklat. (Idea ayah). Manakala sapu tangan siap berkotak dah dibeli awal untuk orang-orang zikir sebanyak 30 kotak. (dari kedai Harmony, Kluang). Walaupun orang zikir cuma 20 orang.

Along masak sempoi untuk hidangan tengah hari bagi saudara mara yang datang membantu pagi semalam. Boleh la.. Setakat untuk alas perut sementara menunggu hidangan yang lebih sedap akan dihidangkan pada petangnya. : ) Jadi sesiapa yang menghantar mesej pada tengah hari tu, minta maaf la rasanya tak tertaip mesej.. Sedikit sibuk..

1:30 petang
Pada jam 1:30 petang, barulah along 'surrender' untuk kerja-kerja di dapur dan mula bersiap. Mama pula yang sambung mengemas di dapur sambil dibantu oleh nenek, mak menakan dan bakal mak menakan (tunang usu).

1:50 petang
Ayah selaku tuan rumah, dah siap berkemas. Berbaju melayu (kuning kecoklatan) dan siap bersamping. Selepas tu, barulah giliran mama ke bilik dan berkemas. Along pula, tak siap-siap lagi. Waktu tu jam 1:50 petang. Kata mat saleh, "take your time". : ) Malas nak tergesa-gesa dan bersiap awal. Tak pasal-pasal karang berpeluh.



2:10 petang

Along siap berbaju biru laut (turquoise). Mengenakan sedikit solekan. Semuanya sendirian berhad. Takda mak andam khas. Setakat bedak asas, lipstik, eye shadow dan maskara boleh la... Sambil tu minta tolong angah atur selendang. Pinkan. Rasa gemuruh masih terasa sejak 2 hari yang lepas. Ni baru bertunang. Belum lagi debaran nak dinikahi. Woish... Pihak rombongan lelaki pula jam 1:30 petang dah mula berangkat dari kampung Gedong. Agak-agak 1 jam 30 minit lebih perjalanan. Macam perjalanan JB-Kluang.

2:40 petang


Rombongan lelaki yang akan berzikir dah sampai. Ruang tamu rumah masih kelihatan kosong. Keluarga pihak perempuan belum ramai yang sampai. Yang ada cuma mak-mak dan pak-pak penakan yang ada. Beberapa kerat je yang baru sampai.



2:45 petang
Lebih kurang 2:45 petang, pihak lelaki sampai. Parking di simpang. Jauh sikit dari rumah. Tapi menunggu 'signal' daripada along untuk masuk ke rumah terlebih dahulu.

3:17 petang

Mula bacaan zikir. Kemudian, wakil sebelah lelaki membacakan watikah pertunangan bagi kedua-dua belah pihak. Tandatangan termeterai.


3:37 petang
Sewaktu menyarungkan cincin.

















Hantaran pihak

lelaki (zul) kepada perempuan (along). Lelaki bagi 11 dulang. Bertemakan warna biru (turquiose). Gambar di sebelahnya adalah hadiah-hadiah daripada sanak saudara dan kawan di sebelah pihak lelaki untuk diberikan kepada pihak perempuan. Sebanyak 80 bungkus. Adat di kampung zul memang sebegitu. Apabila ada sanak saudara yang akan bertunang, maka mereka berpakat akan memberi. Kebanyakan hadiahnya ialah kain ela, kain batik dan hamper. Pada mulanya, ayah, mama dan ahli keluarga yang lain terkejut apabila pihak lelaki turut membawa 2 buah bakul yang berisi hadiah yang

sebegitu banyak. Kerana di Kuching, tiada adat sebegitu. Along hanya tersenyum. Kemudian, baru diterangkan supaya dapat meredakan keadaan.









Hantaran bertemakan (maroon & gold) daripada pihakalong kepada zul.


Tetamu yang hadir menjamu selera di ruang yang agk terhad...






Bergambar beramai-ramai setelah ramai tetamu pulang.

25 Mei 2008

Doa kedua orang tua terhadap anaknya...

"Semoga Allah mengukuh dan mengeratkan ikatan keduanya, memberkati mereka berdua, meningkatkan kualiti keturunan mereka yang bakal dibina, membuka pintu rahmat dan rezeki seluas-luasnya, melimpahkan sumber ilmu dan hikmah serta memberi rasa aman sepanjang usia mereka. Amin. ya rabbal 'alamin."

Diharapkan agar majlis pertunanganku berjalan lancar hendaknya. Dan dijauhkan segala musibah yang datang melanda. Amin ya rabbal 'alamin.

Tarikh : 1 Jun 2008
Tempat : Tabuan Jaya, Kuching
Masa : 3:00 petang