19 Disember 2009

Majlis Akad Nikah



5 Disember 2009

Beberapa keping gambar outdoor selepas majlis akad nikah. Bergambar di atas pelamin, sekitar IPTAR dan bilik pengantin. Khas buat tatapan untuk saudara mara di Perak.


Sebelum Majlis Akad Nikah

Disolek oleh Kak Nita di bilik pengantin.

Zul membacakan lafaz taklik.

Jurunikah membacakan doa setelah majlis ijab kabul selesai.
Zul menyerahkan duit mas kahwin.

Mencium tangan suami dan disarungkan cincin.

Bersalaman dengan saudara mara yang hadir.
Makan beradab. Telah diatur oleh family best friend mama.
(tiada dalam perancangan sebenarnya)

Bergambar di bilik pengantin.
Keluarga sebelah mak mentua. Mak mentua duduk di paling kanan. Mengenakan baju kurung kuning bertudung coklat.
Turut memeriahkan majlis, Pak Teh, Mak Teh dan Syahmi turut hadir.































02 November 2009

Projek Masakan

21 Oktober 2009
Dari kiri: Kak Mala, Kak Ita Ngah, Aku dan Kak Liza

Pada hari tu, menu kami ialah soto, trifle dan koktel. Aku selaku chef soto, Kak Liza chef trifle dan Kak Mala chef koktel. Kami diberikan selama 2 jam untuk menyediakan masakan tersebut. Bermula dari jam 8:30 pagi-10:30 pagi.
Persediaan untuk membuat soto.
Penyediaan tempat menghidang. Kedudukan pinggan, sudu, napkin, alas tempat makan semuanya mengikut spesifikasi sukatan pelajaran Kemahiran Hidup. Menu yang disediakan ala Timur manakala gaya persembahan ala Barat.

Hasil persembahan masakan kumpulan 3.

Hasil Persembahan masakan kumpulan Kak Mazlah

Hasil persembahan masakan Kumpulan Kak Tun

Hasil Persembahan Masakan Kumpulan Noni

Para hakim mengadili masakan. Memuji keenakan soto yang dimasak. Heheh

Bergambar bersama Pn. Che Mah dan Pn Halimah selaku hakim.

Dari Kiri: Mr. Chin, Kak Ita Ngah, Kak Liza, Aku dan Kak Mala

Dari Belakang: Kak Ros, Kak Lia dan Aku

Para pensyarah menjamu selera. Menikmati hidangan daripada setiap kumpulan.


20 Oktober 2009

Visiting Mr. Sadas's house

19 Oktober 2009

Sempena cuti Hari Deepavali hari tu, KSPK Prasekolah IPIK sekelas dijemput ke rumah Mr. Sadas. Mula-mula ramai juga yang nak join tapi last-last 7 orang je yang dapat datang. Yang lain balik kampung. Mana taknya cuti 4 hari. Macam aku yang jauh ni toksah balik ler. So, yang datang hanya aku, Kak Aishah (tudung pink), Ena (tudung coklat berbelang), Kak Izu (tudung coklat tersenyum manis), Noni (tudung putih), Abg Li (t-shirt putih) dan yang terakhir Hairi (anak angkat abang Li). Macam-macam makan. Nasi beriani, daging kambing, kari ayam, sayur, telur, kek coklat, buah, biskut raya dan macam-macam lagi la. Perjalanan nak ke rumah Mr. Sadas sikit punya jauh tapi bila dihidang menu yang pelbagai, kira berbaloi la. Heheh.. Perghhh... Sodap.. Kenyang sampai ke petang. Gambar ni saje yang sempat aku ambil.


18 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya

Pada awal jamuan hari raya, kami dikejutkan dengan 'surprise' yang dibuat oleh Pn. Noraini. Our Teknologi Maklumat lecturer. Aku dan Kak Izu dapat 'appreciation gift' untuk pembinaan blog bagi dua kategori iaitu kategori blog tercantik dan blog yang selalu aktif untuk update info-info mengenai prasekolah. Tak sangka juga dapat padahal kalau nak diikutkan banyak blog lain yang lebih cantik macam shikin dan Kak Izu. Sesuai untuk dunia prasekolah. Tapi, mungkin disebabkan blog aku ni banyak info tentang prasekolah. Bak kata Kak Mala, 'functional'. Heheh. Ye kot? "Terima kasih Puan". Kata Puan Noraini, "Terima lah hadiah yang tak seberapa." Hadiah yang diberi sebagai sumber inspirasi dan penghargaan. Terharu apabila mengenangkan. Subjek yang paling aku gemari. Macam tu juga la kan kalau murid-murid sekolah, kalau mereka suka akan subjek tu, sekaligus akan sayang cikgunya.

Sambutan 'birthday girls' dimasukkan sekali dalam aktiviti jamuan hari raya. Bermula bulan Jun-Disember.

Makan bersama Kak Ita Ngah dan Kak Lia.

Bergambar bersama Kak Liza, Mr. Sadas, Kak Ita Ngah dan Kak Lia.

Bergambar bersama Kak Lia, Kak Mala dan Ms Hoh.

Dalam Bilik Kuliah

Sempat posing sambil menunggu lecturer masuk.

Aku dan Kak Liza masing-masing menggayakan baju baru. Sempat snap 1-2 gambar padahal lecturer ada di depan. Tapi, takde wat pe pun. Diminta buat kerje sendiri. So, kerje sendiri la ni kan? Posing. heheh.. Waduh Kak Liza, mengancam cara posing nyer tu. hehehe.




13 Oktober 2009

Kereta Idamanku



Geram aku tengok kereta ni. Tak dapat beli, naik, tengok dari jauh pun jadi la.

Galeri IPIK

Bergambar dalam Galeri IPIK. Kiranya macam muzium la. Awal-awal dah minta kebenaran nak bergambar sebagai kenangan setahun di sini. Kepada warga IPIK yang belum melawat galeri ni, rajin-rajinlah melangkah ke sini kerana aku dan Kak Mala baru orang yang ke-3 dan ke-4 melawat sejak ia dibuka. Ni je la antara gambar yang sempat diambil sementara menunggu kedatangan lecturer masuk kelas. Heheh.





28 September 2009

Berhari Raya

Balik Raya (18 Sept 2009)

Tengah tunggu masa check in pukul 4:30pm. Bergambar bersama Along (Nur Afizza Wahab) antara best friend aku masa di MPBL dulu. Masa check in kitorang sama tapi destinasi kami berbeza. Along terus ke airport Sibu untuk pulang ke kampungnya di Saratok.
Anak Along. Yaya (Alya). Comel kan? Sebiji muka ayah dia, Naim.


Raya Pertama

Beraya di rumah Nek Jah (family mama). Family ayah, dah lama sangat kitorang tak balik. Tak tau pulak bila ada kesempatan. Hanya sekali kitorang pernah beraya kat Perak. Tu pun masa kecil-kecil.

Berdiri dari kiri: Ahmad, Anwar, Alang
Duduk dari kiri: Aku, Mama, Nek Jah dan Angah.
(Ayah tak ada dalam gambar. Demam.)

Beraya di rumah cikgu kitorang masa di SHOAW dulu. Merangkap family angkat angah. Cikgu kitorang yang berjubah pink.

Raya ke-3

Balik daripada jalan beraya singgah di Boulevard, salah satu shopping complex yang dekat dari kawasan rumah. Banyak juga urusan yang perlu diselesaikan. Langsaikan hutang piutang kat booth Blue Cube, beli bahan-bahan buat soto. (Ikut resipi mak.heheh) dan beli beberapa barangan keperluan lain. Last sekali singgah kat restoran Rasa Mas. Zul order mi bandung + air ice lemon tea dan aku mi kicap + pepsi. Tak berapa sedap makanannya. Tapi, nak buat cam mana terpaksalah ditelan gara-gara teringin sangat nak makan mi kat situ. (heheh)