Pada awal jamuan hari raya, kami dikejutkan dengan 'surprise' yang dibuat oleh Pn. Noraini. Our Teknologi Maklumat lecturer. Aku dan Kak Izu dapat 'appreciation gift' untuk pembinaan blog bagi dua kategori iaitu kategori blog tercantik dan blog yang selalu aktif untuk update info-info mengenai prasekolah. Tak sangka juga dapat padahal kalau nak diikutkan banyak blog lain yang lebih cantik macam shikin dan Kak Izu. Sesuai untuk dunia prasekolah. Tapi, mungkin disebabkan blog aku ni banyak info tentang prasekolah. Bak kata Kak Mala, 'functional'. Heheh. Ye kot? "Terima kasih Puan". Kata Puan Noraini, "Terima lah hadiah yang tak seberapa." Hadiah yang diberi sebagai sumber inspirasi dan penghargaan. Terharu apabila mengenangkan. Subjek yang paling aku gemari. Macam tu juga la kan kalau murid-murid sekolah, kalau mereka suka akan subjek tu, sekaligus akan sayang cikgunya.
Sambutan 'birthday girls' dimasukkan sekali dalam aktiviti jamuan hari raya. Bermula bulan Jun-Disember.
Makan bersama Kak Ita Ngah dan Kak Lia.
Bergambar bersama Kak Liza, Mr. Sadas, Kak Ita Ngah dan Kak Lia.
Bergambar bersama Kak Lia, Kak Mala dan Ms Hoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan