Menggubah bunga untuk diletakkan di atas pentas bercerita.
20 Julai 2009
17 Julai 2009
Rajin punya pasal
Tengah hari tadi singgah di Klinik Desa, Desa Petaling. Mintak doktor 'injec'kan. Hari ni dah masuk hari ke-3, badan naik gatal-gatal. Berbiji-biji kecil. Merah-kemerahan. Tak tahan. Gatal merenyam. Ni pasalnya tolong rakan praktikum nak buat pentas kecil dalam kelas prasekolah. Entah la agaknya kena masa tu. Susun meja pentas. Di bahagian bawah meja tu penuh dengan habuk dan segala benda ada. Habuk apatah lagi.
Hari ni rasa nak rehat dulu. Harap cepat sembuh.
06 Julai 2009
Bermulanya Praktikum...
Hari ni aku dan rakan-rakan KSPK Prasekolah mula praktikum di sekolah masing-masing. Aku praktikum di SK Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2. Partnerku, Abg Li. Dia dah 2 thn berpengalaman mengajar prasekolah sementara aku baru setahun jagung. Tapi, tak mengapa. At least we try our best. Selama 6 minggu berpraktikum, bermacam tugasan yang diberi. Selain daripada portfolio dan jurnal yang terpaksa disiapkan. Antaranya Kajian Kes, Project Based Learning, Instrumen Penilaian terhadap kanak-kanak prasekolah.
Melawat Angah
Angah. Adikku yang mendapat tawaran menjadi Guru Pendidik Permata di Desa Ilmu, Samarahan. Selamat Datang ke Profesion Keguruan. Semoga tabah menghadapi karenah anak-anak kecil.
Bergambar dua beradik.
Sempat berposing di lobi hotel sebelum balik ke pangsapuriku.
Langgan:
Catatan (Atom)