1 Ogos 2009 (Sabtu)
Gara-gara nak cari barang untuk persiapan hujung tahun ni, aku terperangkap dalam rusuhan. Masa mula-mula sampai di Masjid Jamek dari LRT Bandar Tasik Selatan-Masjid Jamek, orang ramai dan yang terlibat dalam perhimpunan haram masih lagi di luar bangunan (aku tak berapa ingat nama bangunannya). Jalan sesak.
Aku terus ke BAK Collection untuk bertanyakan perkembangan baju melayu zul yang telah dihantar untuk dijahit. Pada masa tu baru kelihatan kumpulan yang menentang ISA berarak keluar sepanjang Masjid India. Sebuah demi sebuah kedai pada ketika itu ditutup.
Keluar sahaja dari BAK Collection, niat di hati ingin terus ke Wisma One Plaza. On the way ke sana, terpandang pondok SPR. Teringat yang aku belum mendaftar, singgah lah duduk di situ sambil mengisi beberapa butiran penting. Pada masa tu, FRU sempat melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan tersebut. Aku dan agen SPR turut terkena tempiasnya.
Aku teruskan perjalanan ke Wisma One Plaza. Nak survey baju-baju yang akan digunakan kelak. Tapi, malangnya ia pun ditutup juga. Pada masa tu, tak tahu nak ke mana. Mujur lah KFC-satu-satunya kedai yang buka. Sementara kedai lain ditutup. Aku lepak di situ. Ramai juga yang mengambil peluang untuk berhenti rehat sementara menunggu keadaan mulai reda.
Cerita tengah makan pula. Pada masa tu, laluan Sogo dan Masjid Jamek dah ditutup. Kedengaran bunyi siren FRU. Ketika tu aku makan di tingkat atas. Nampak seakan-akan asap. (Gas pemedih mata sekali lagi dilepaskan ke arah kumpulan tersebut).
Customer yang peka terhadap keadaan itu (orang tempatan dan beberapa warganegara asing), sanggup berhenti makan dan meninjau di dinding berkaca untuk melihat. Ada yang mengambil gambar dan ada juga yang sempat berdiri atas kerusi untuk mengambil video.
Lama jugak aku terperangkap dalam KFC. Bila dah reda, aku keluar bersama-sama dengan customer lain menyusuri Jalan TAR untuk ke Sogo. Ingat, nak ambik tren dari Bandaraya terus ke rumah. Malang sekali lagi, LRT ketika itu ditutup. Sogo pun ditutup. Pengunjung-pengunjung Sogo berduyun-duyun kelihatan diarah keluar. Nak balik, tak dapat. Ramai yang mengeluh. Aku terdengar antara keluhan yang diluahkan, "LRT pun ditutup. Macam mana nak kita nak balik?". Bagi mereka yang mempunyai jadual dan perancangan pulang ke kampung menggunakan bas, terpaksa ditangguhkan. Kesian.
Melihatkan keadaan begitu, aku terus menyusuri jalan sehingga ke jalan Sultan Ismail. Mencari LRT yang terdekat. Mencuba nasib. Ada juga beberapa orang yang senasib denganku, menyusuri bersama-sama. Mujur la LRT tak ditutup. Dapat pulang dengan baik. Tapi, matlamat sebenarnya yang ingin dicari tak tercapai.
Gambar-gambar yang sempat diambil.
Masa ni baru keluar dari KFC. Di Jalan TAR.
Kedai-kedai sepanjang Jalan TAR ditutup.
Bahagian di luar Sogo. Ramai pengunjung diarahkan keluar kerana pihak pengurusan tidak mahu menanggung sebarang risiko.
Sekumpulan polis sedang berkawal.
1 ulasan:
:: hmmm... mujur tak diusung sama masuk trak... dengar cerita ramai yang kena cekup...
Catat Ulasan