20 Mac 2010

Perkembangan Janin Semasa Di Dalam Kandungan


Trimester pertama

0-4 minggu.


Apabila telur yang telah di senyawakan membenamkan dirinya pada dinding rahim, sel2 akan mula membahagi dengan pantas. Bahagian2 tubuh janin akan mula membentuk. Embrio,panggilan telur bagi telur berkenaan,boleh mula dilihat dengan mata kasar pada minggu keempat pembentukannya. Bahagian kepala dan ekornya akan mula muncul bersama pundi makanan ibarat kuning telur yang membekalkan khasiat makanan pada peringkat awal sehinggalah uri terbentuk sepenuhnya.


5-8 minggu

Embrio kini berukuran kira2 2mm menjelang minggu kelima. Jantungnya mula berdegup dan mengalirkan darah dan boleh dilihat menerusi imbasan ultrasound. Bahagian kepala menghampiri tahap pembentukan terakhir, saraf tunjnag dan otak sedang membesar dengan pantas. Menjelang akhir bulan, embrio akan menjadi sebesar sekeping syiling seringgit dan kesan2 pergerakan halus pertamanya pada bahagian tulang belakang akan mula dirasakan.


9-12 minggu.

Menjelang minggu ke 11, embrio yang kini dipanggil janin, mula kelihatan seperti manusia yang kecil dengan ukuran kira2 5.5cm panjang. otot2 bayi sudah mula terbentuk dan pergerakannya semakin ketara.ianya juga mula bertindakbalas terhadap pergerakan2 kuat tubuh anda.menjelang akhir bulan,janin akan mencapai panjang 7.5cm dan berat sekitar 14g serta telah mengalami pembentukan penuh kesemua organ2 utamanya.


Trimester kedua

13-16 minggu


Peranan membekalkan makanan kepada janin kini dijalankan oleh uri yang telah terbentuk sepenuhnya. JAnin kini berukuran 16cm panjang, diselaputi bulu2 halus yang lembut ( dipanggil lanugo ),dengan kuku mula tumbuh pada jari jemari tangan dan kaki.Janin, uri, dan air kini memenuhi keseluruhan rahim. perlahan2 janin mula menelan cecair dalam rahim dan membuang air kecil. Ia mula merasai pengalaman baru daripada makanan yang anda makan sambil mula mengenali bau dan rasa yang berkait dengan setiap jenis makanan.


17-20 minggu

Si ibu mula mengesan pergerakan bayi di dalam kandungannya sambil ia ula meregang dan menggerakkan anggota2 tubuhnya. AJnin kini berukuran 25cm panjang dan berat 340g. kelopak matanya masih tertutup rapat sambil rambutnya mula tumbuh dan giginya mula terbentuk. menjelang akhir bulan,janin akan mencapai separuh kepanjangannya pada waktu hendak dilahirkan kelak.


21-24 minggu

Janin kini mempunyai waktu2 khusus untuk tidur dan berjaga. disamping bunyi degpan jantung dan aliran darah ibunya,janin juga berkemungkinan mendengar bunyi2 bising dan muzik seta bunyi2 lain di persekitaran luar sambil ia mula bertindak balas dengan bunyi2 tersebut. sekiranya janin kini dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan,penjagaan yang khusus akan diperlukan bagi menjamin peluangnya untuk terus hidup. menjelang akhir bulan,janin akan berukuran kira2 33cm panjang.ianya kini boleh membuka mata dengan daya penglihatan yang meningkat,janin mula menyedari tentang keadaan perubahan cahaya yang berlaku diluar rahim.


25-28 minggu

Si ibu akan berupaya merasai pergerakan janin dengan lebih ketara, mungkin apabila ia tersedu atau tendangannya semakin menjadi kuat, dan boleh dirasai apabila tangan diletakkan diatas perut ibu.keseluruhan janin diselaputi oleh bahan berlemak yang dipanggil vernix yang melindungi kulitnya daripada cecair amniotik.ianya kini berukuran kira2 37cm panjang


trimerster ketiga.

29-32 minggu


Janin kini telah terbentuk sepenuhnya.ianya telah bersedia untuk mengambil nafas pertama sambil paru2nya menjadi semakin matang.ianaya juga mungkin telah mula menghisap ibu jarinya sendiri. Bayi kini mempunyai berat sekitar 1.6kg dan berukuran kira2 38cm


33-36 minggu

Janin kini telah boleh membuang air kecil,menelan cecair dan mengelipkan mata. Untuk menyesuaikan suhu tubuhnya apabila dilahirkan nanti, ia masih perlu menambahkan berat badannya. ianya kini semakin memenuhi ruang dalam rahim dan tidak berupaya untuk bergerak dan berpusing dengan bebas, kedudukannya didalam rahim tidak lagi mudah berubah. Apbila bayi merengangkan anggota tubuhnya,kita boleh mengenali sama ada kesan yang timbul pada perut si ibu ialah tangan atau kaki bayi.


34-40 minggu

Melainkan pada bahagian bahunya, bulu2 halus lanugo kini telah lenyap sepenuhnya. Janin kini berada dalam kedudukan mendakap diri dan kelihatan membulat seperti bola berwarna merah jambu. bayi kini bersedia untuk keluar dari rahim apabila kepalanya turun ke bahagian pinggul si ibu. Apabila ini berlaku,si ibu akan berupaya untuk bernafas dengan lebih mudah.

1 ulasan:

Lie86 berkata...

Ya, mari kita blajar sains.....

huhuuhuuu