Esok kena bangun awal berlainan daripada hari-hari biasa kuliah. Boring jugak sebenarnya. Hari untuk beristirehat terpaksa diisi dengan menyelia calon MTest di SMK Putrajaya Presint 18 (1). Sampai maktab sebelum jam 7:00pg kerana tepat jam 7, bas IPIK akan bertolak ke destinasi yang dituju.
Sebenarnya, bukan aku seorang yang terlibat, tapi semua guru Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Prasekolah dan Pendidikan Jasmani seramai 37 orang diminta turun padang untuk sama-sama membantu pensyarah IPIK. Walaupun berat hati, tetapi memandangkan ia adalah tanggungjawab sosial maka kami terpaksa akur. Lebih-lebih lagi ia adalah arahan daripada Bahagian Pendidikan Guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan