18 Mei 2009

Refleksi

Hampir 6 bulan aku berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas (IPGMIK), Cheras. Ini bermakna tinggal 5 bulan lagi untuk aku habiskan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Prasekolah kelak. Pengalaman menjadi pelatih/penuntut di usia sebegini (maksudku sudah bekerja) memang ada bezanya. Semangat belajar mungkin kurang sedikit tidak seperti di zaman maktab dulu. Semangat untuk mengejar Pangkat Cemerlang sentiasa berkobar-kobar dalam dadaku. Tetapi di sini, aku cuba juga untuk menerapkan hal yang sama tetapi apa yang lebih aku perhatikan aku lebih banyak mempelajari sifat ragam manusia yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Cara pergaulan semestinya. Aku merupakan peserta kursus paling muda di dalam kelas. 25 tahun. Paling senior, lebih kurang sebaya mamaku. Namun begitu, perbezaan umur di antara rakan-rakan sekelas tidak menjadi penghalang bagiku untuk menjalinkan hubungan mesra.
To be continue...

1 ulasan:

Pak Ngah: berkata...

:: agi idup agi ngelaban...