05 September 2009

Berbuka Puasa

Hari Pertama
Biasanya orang berbuka puasa pada hari pertama dengan keluarga terlebih dahulu dan kemudiannya barulah berbuka puasa dengan kawan atau pun teman. Tapi, berbeza pula dengan aku. Aku berbuka puasa dengan tunangku. Zul menyampaikan hasrat hatinya ingin membawaku keluar berbuka puasa bersama kepada ayah dan mama. Kami berbuka di Top Spot, antara tempat makan seafood yang terkenal di Kuching. Hanya sekeping gambar yang sempat diambil. Tak sempat nak bergambar memandangkan banyak lauk yang perlu dihabiskan. Antara lauk yang dipesan ialah butter prawn, sayur kailan ikan masin, ambal kari (makanan org sarawak), sotong bakar, ikan kerapu stim berkicap. Air pula, fresh orange setiap seorang ditambah pula dengan tebu lemon. Banyakkan? Melantak namanya ni. heheh. Tapi, yang paling sedap tu air lemon. Pergggggggggghhhhh.... Cadangnya, hari Jumaat nak bawa keluarga (Ayah, mama, angah, alang, ahmad & nuar) makan bersama sekali lagi di Top Spot.
Hari ke-8
Tak dapat bawa keluarga pada hari Jumaat, Hari Sabtu pun jadi la... Ayah tak dapat sertai sekali kerana sejak ayah dah berumur ni ayah dah tak larat nak jalan jauh-jauh. Aku kesian pulak dengan ayah. Ayah terpaksa berbuka sorang-sorang. Kata ayah, "Bawalah adik-adik. Ayah takpe. Ayah dah puas makan seafood ni. Lagipun adik-adik along teringin nak makan." "Mungkin kali ni ayah tak dapat join. Lepas raya, aku akan bawa sekali lagi keluargaku makan bersama. Tapi area batu 7 je memandangkan kesihatan ayah yang tidak mengizinkan," bisikku.
Melihatkan adik-adikku makan dengan penuh berselera, aku tersenyum puas. Mana taknya, ada yang di antara kami yang baru berkesempatan makan di situ. Hidangan pada kali ni lebih menyelerakan. Atas permintaan adik-adik, aku memesan ketam, sup, ikan kerapu stim, n so on. Tak berpa ingat. Tapi, yang penting, meja penuh dengan hidangan. Gambar di bawah ni, pada waktu tu makanan yang dipesan baru dihidang separuh.

2 ulasan:

Pak Ngah: berkata...

:: nampak macam sedap je... tentang rasa tu tak tau le... ayah tengok gambar pun jadi le... hmmm...

ainul berkata...

hehe..tu la orang ajak tak nak.. takpe lah nanti kita makan kat restoran pelita k.. tak tercapai hasrat nak makan kat situ hari tu..